faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ)
Di Bawah Seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Sri Aman

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.     Dimaklumkan bahawa BPTM, JANM akan melaksanakan program housekeeping ID pengguna tidak aktif di semua PTJ, Pejabat Perakaunan dan Ibu Pejabat di Production System iGFMAS.

3.     Dimaklumkan kategori program housekeeping ID Pengguna tidak aktif yang akan dilarikan mengikut tarikh semasa adalah seperti berikut : [list icon="icon: hand-o-right" icon_color="#000000"]

  • 60 hari – Pengguna yang tidak pernah login dan masih dalam initial password diberi emel peringatan;
  • 90 hari – Pengguna yang tidak pernah login dan masih dalam initial password dan ID dihapuskan secara automatik;
  • 120 hari – Pengguna yang telah tukar kata laluan dan tidak login selama 120 hari berturut-turut diberi emel peringatan;
  • 150 hari - Pengguna yang telah tukar kata laluan dan tidak login selama 150 hari berturut-turut dan ID telah dikunci secara automatik; dan
  • 180 hari - Pengguna yang telah tukar kata laluan dan tidak login selama 180 hari berturut-turut dan ID telah dihapuskan secara automatik.
[/list] 4.     Pelaksanaan program ID pengguna tidak aktif akan bermula pada 3 Oktober 2020 (Sabtu).

5.     Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

LOCAL ADMINISTRATOR
JANM Cawangan Sri Aman