rss ikon
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera 

YBhg. Dato'/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan, 

SURAT EDARAN BPOPP BILANGAN 19 TAHUN 2026

____________________________________________________________________________________________________________________________________

PENYELARASAN PENGGUNAAN KOD VENDOR BANK GUNASAMA BAGI BAYARAN KAD KREDIT KORPORAT (KKK), CAJ ePAYMENT DAN CAJ PROSESAN CEK OLEH PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ)

____________________________________________________________________________________________________________________________________

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

  1. Berdasarkan kepada mesyuarat bersama bank berkaitan pembayaran kad kredit korporat (KKK), caj perkhidmatan ePembayaran dan caj pemprosesan cek bertarikh 9 Jun 2020, penggunaan kod vendor bank diselaraskan bagi setiap bank seperti berikut:

 


Maklumat kod vendor bank yang terkini adalah seperti di
Lampiran 1.

 

  1. Dimaklumkan terdapat perubahan kepada nombor akaun bank bagi pembayaran Caj Kad Kredit Korporat BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD (kod pembekal 6000802813) seperti di jadual di bawah:-

 

Pengemaskinian maklumat bank Caj Kad Kredit Korporat

 

  1. Sehubungan dengan itu, semua Pejabat Perakaunan dipohon untuk memaklumkan dan memanjangkan maklumat kod vendor bank ini kepada setiap PTJ masing-masing bagi memastikan pembayaran ke atas tiga kategori bayaran ini menggunakan kod vendor yang tepat. Sekiranya terdapat pembayaran kepada bank selain daripada yang disenaraikan di Lampiran 1, kerjasama Pejabat Perakaunan dipohon untuk merujuk kepada BPOPP bagi tujuan penyelarasan kod vendor bank berkenaan.

 

  1. Surat edaran ini membatalkan Surat Edaran BPOPP Bilangan 17 Tahun 2026 no. rujukan JANM.600-15/4/6(46) bertarikh 9 Oktober 2026.

 

  1. Kerjasama tuan/ puan untuk membuat hebahan ini kepada PTJ masing-masing secara menyeluruh bagi mengelakkan risiko kesilapan penggunaan kod vendor bank untuk bayaran KKK, Caj ePayment dan Caj Pemprosesan Cek amat dihargai.