rss ikon
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

PERHATIAN KEPADA:

Semua pengguna Sistem iGFMAS Modul HCM (SAPGUI) di AO dan PTJ

PEMAKLUMAN PENARIKAN AKSES KOD TRANSAKSI BAGI TUJUAN PELAKSANAAN PEMBAYARAN PELARASAN GAJI FASA 2 SSPA MELALUI SISTEM iGFMAS MODUL HCM

Dimaklumkan bahawa bagi tujuan pelaksanaan pembayaran pelarasan gaji SSPA Fasa 2 melalui sistem iGFMAS Modul HCM, JANM akan melaksanakan penarikan akses kod transaksi di peringkat PTJ seperti di berikut:-

1. Kategori Penarikan Akses SEMENTARA (AO) bagi Kod Transaksi ZRPY033 mulai pada 1 November 2025 (Sabtu) jam 12.01 pagi sehingga 22 Januari 2026 (Khamis) jam 11.59 malam.

2. Kategori Penarikan Akses SEMENTARA (PTJ) bagi Kod Transaksi PA30, PA40, PA41, PA70 dan ZRPY033 mulai 1 November 2025 (Sabtu) jam 12.01 pagi) sehingga 22 Januari 2026 (Khamis) jam 11.59 malam.

Sehubungan itu, semua pengguna bagi sistem iGFMAS Modul HCM (SAPGUI) di AO dan PTJ tidak akan dapat mengakses kod transaksi tersebut sepanjang tempoh yang dinyatakan.

Mohon maaf di atas kesulitan yang tuan/puan hadapi. Terima kasih di atas kesabaran tuan/puan.

Mohon kerjasama tuan/puan sebagai Liaison Change Agent (LCA) di Kementerian dan JANM Negeri/Cawangan untuk memanjangkan hebahan ini kepada semua pengguna Sistem iGFMAS.

Sekian, terima kasih.

Daripada:
Seksyen Pengurusan Pelanggan
Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
PUTRAJAYA
31 Oktober 2025