Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Tuan/ Puan,
Kajian Keberkesanan Perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan Tahun 2023
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa satu Kajian Keberkesanan Perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan Tahun 2023 diadakan bermula 20 Oktober 2023 (Jumaat) sehingga 20 November 2023 (Isnin). Sehubungan itu, mohon kerjasama PTJ/ Pejabat Pemungut/ Pusat Gaji/ Pusat Terimaan masing-masing untuk menjawab kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap keberkesanan perkhidmatan serta cadangan penambahbaikan yang bersesuaian untuk dilaksanakan di JANM Negeri/ Cawangan termasuk Bahagian Akaun Kementerian Kewangan (BA MOF).
Link Kajian Keberkesanan Perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan Tahun 2023 adalah seperti berikut: https://forms.gle/FPMVZComvmSCQAV36
3. Untuk makluman Tuan/ Puan, sasaran responden yang menjawab kajian ini bagi setiap JANM Cawangan adalah minimum seramai 50 orang. Oleh itu, tuan/puan dimohon jua untuk menghebahkan kajian ini kepada pegawai-pegawai di PTJ tuan/puan masing-masing.
4. Segala kerjasama dan perhatian pihak Tuan/ Puan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
JANM CAWANGAN SRI AMAN