faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Tuan/Puan,

 

Untuk makluman semua pengguna portal iGFMAS, Microsoft (MS) telah mengumumkan bahawa penggunaan Internet Explorer (IE) telah ditamatkan pada 15 Jun 2022.

Tiada lagi support dari MS selepas dari tarikh tersebut, termasuk sebarang security update dari MS untuk IE.

 

Microsoft Edge adalah browser baharu untuk mengakses portal iGFMAS kerana ia adalah kesinambungan daripada IE seperti kenyataan MS seperti berikut:

“Microsoft Edge will be the next successor of Internet Explorer”.

 

Sehubungan itu, semua pengguna portal iGFMAS digalakkan  untuk menggunakan browser MS Edge versi 88.0.705.50 dan ke atas mulai 1 Ogos 2022 kerana ia adalah default browser bagi sistem iGFMAS (kecuali bagi sistem Mycost kerana sedang dalam penambahbaikan).

 

Pengguna juga boleh menggunakan browser Chrome untuk capaian portal iGFMAS, walaubagaimanapun sekiranya terdapat kekangan atau kesulitan, pengguna perlu beralih kepada MS Edge (default browser).

  

Sekiranya masih bermasalah semasa menggunakan MS Edge, pengguna perlu log aduan ke sistem Service Desk.

 

Sekian terima kasih.

 

Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

1 Ogos 2022