faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

HEBAHAN BAHAN PENGURUSAN PERUBAHAN SISTEM iAREF

 

Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara diatas dan e-mel BPAD bertarikh 12 November 2021 adalah berkaitan.

 

2.        Dimaklumkan bahawa Bahagian Audit Dalam (BPAD) sedang membangunkan sistem bersepadu untuk tujuan pengurusan pengauditan dan naziran secara atas talian yang dikenali sebagai Integrated Audit Report and Feedback Management System (iAREF).  Sistem iAREF dijangka Go Live pada Januari 2022.  Pengguna Sistem iAREF terdiri daripada pegawai di Bahagian JANM, Pejabat Perakaunan (AO), Pusat Tanggungjawab (PTJ), Pejabat Pemungut dan Agensi luar seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). 

 

3.        Sehubungan itu, sebagai usaha untuk memastikan Pengurusan Perubahan Sistem iAREF berjalan lancar, sukacita sekiranya Pejabat Perakaunan dapat membuat hebahan Video Teaser 1 Pelaksanaan Sistem iAREF ke dalam WhatsAps Group Rasmi Pejabat Perakaunan bagi hebahan awal kepada semua warga Pejabat Perakaunan dan PTJ dibawah seliaan pihak tuan/puan. 

 

4.       Bersama-sama ini disertakan bahan hebahan bagi Video Teaser 1 untuk edaran pihak tuan/puan selanjutnya.   Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, boleh berhubung terus dengan Pn. Ruzila Binti Abulis (BPAD) di alamat email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau talian 03-8886 9708. 

 

5.        Segala kerjasama dan perhatian dari pihak tuan/puan berhubung perkara diatas amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan