JANM Cawangan Sri Aman telah mengadakan Kursus Asas Renang dan Teknik Menyelamatkan Diri pada 10 Ogos 2023 dari 8.15 pagi hingga 5 petang di Kolam Renang Kompleks Sukan Sri Aman.
Kursus ini telah dihadiri oleh semua warga kerja JANM Sri Aman dan penceramah jemputan adalah TPgB II Di-Hata bin Gobel, Timbalan Penguasa Bomba, Pejabat Bomba Zon 3, Sri Aman.
Tujuan kursus ini adalah untuk mededahkan dan memberi latihan kepada warga JANM Sri Aman berkenaan teknik asas renang, dan teknik-teknik menyelamat di air.