JANM Cawangan Sri Aman telah mengadakan Kursus Kesihatan Minda pada 26 Oktober 2022 jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
Penceramah bagi kursus ini adalah Pegawai Psikologi dari Klinik Kesihatan Lubok Antu, iaitu Encik Sean Chris Anak Nanang.
Tujuan kursus tersebut adalah meningkatkan pengetahuan peserta mengenai kesihatan mental dan minda sihat.