JANM Cawangan Sri Aman telah mengadakan sesi pengauditan bagi pensijilan semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Do It Yourself (DIY) Tahun 2022 pada 20- 21 Oktober 2022.
Juruaudit EKSA DIY adalah terdiri daripada En. Nazman Bukhari dari BPPP, Puan Hazellenny Heliza dari JANM Negeri Sarawak dan Puan Amiza Jaafar dari BWTD.
Tujuan sesi pensijilan semula ini adalah satu bentuk penyelarasan, penilaian dan pengauditan oleh agensi induk terhadap agensi di bawah selian mengikut kriteria khusus yang disesuaikan.