JANM Cawangan Sri Aman telah menganjurkan Program Integriti Dihati, Rasuah Dihindari Bersama SPRM pada 25 Mei 2022 secara atas talian menggunakan platform Lifesize.
Program ini disertai seramai 370 peserta dari pelbagai organisasi / jabatan.
Program ini dirasmikan oleh Pn Gloria Angela James, Pengarah JANM Negeri Sarawak dengan penceramah-penceramah dari SPRM, PsK Mohd Nasir bin Mat Jam, PPj Mohd Izam bin Abdul Nasir dan PsK Lukman bin Mohd Hosni.
Program yang berlangsung selama 6 jam telah memberi penerangan tentang Integriti, Rasuah dan Salah Guna Kuasa yang berlaku di sector awam, Rasuah dalam Pengurusan Kewangan dan Perolehan, dan Perolehan Bebas Rasuah yang dibuat secara klinik.